Midea MVC-SC20B Manual de usuario

PANDUAN PENGGUNA
Mop Stim
Pensterilan Suhu
Tinggi
SILA BACA MANUAL INI
DENGAN TELITI SEBELUM
MENGGUNAKAN PRODUK INI,
DAN DISIMPAN DENGAN
BAIK UNTUK RUJUKAN
KELAK.
Notis amaran: Sila baca manual ini
dengan teliti sebelum
menggunakan produk ini, dan
disimpan untuk rujukan kelak.
Reka bentuk dan spesifikasi
produk adalah tertakluk kepada
perubahan untuk penambahbaikan
produk tanpa notis terlebih dahulu.
Sila dapatkan nasihat daripada
peniaga atau pengeluar untuk
maklumat lebih lanjut.
MVC-SC20B

2

Jangan letakkan mop stim berdekatan dengan sumber haba, radiasi
atau putung rokok yang terbakar.
Jauhkan perkakas ini daripada capaian kanak-kanak apabila ia
dihidupkan atau sedang menyejuk.
Jangan biarkan perkakas ini tanpa pengawasan semasa ia
disambungkan pada bekalan elektrik.
Apertur pengisian air tidak boleh dibuka semasa perkakas ini digunakan.
Arahan untuk mengisi semula tangki air secara selamat hendaklah
diberikan (untuk perkakas bertekanan).
Perkakas ini tidak boleh digunakan jika ia telah terjatuh, jika terdapat
tanda-tanda kerosakan yang jelas kelihatan atau jika ia bocor.
Hanya juruteknik yang diberi kuasa dibenarkan mengungkai produk ini.
Pengguna dilarang mengungkai produk ini dengan sendiri.
Perkakas ini boleh digunakan oleh individu yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan memahami tentang bahaya
yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas ini. Kerja
pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak jika tanpa pengawasan.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah. Jangan gunakannya di
luar rumah.
Mop stim ini adalah perkakas elektrik: ia mesti digunakan mengikut
keadaan penggunaan yang normal. Jangan biarkan mop stim bergerak
sendiri tanpa pengawasan.
Jangan sentuh kord atau soket kuasa jika tangan anda basah.
Plag mesti ditanggalkan dari soket sebelum membersihkan atau
menyelenggarakan perkakas ini.
Jangan rendamkan mop stim di dalam air dan elakkan daripada
berdekatan dengan peralatan pemanas atau terdedah kepada cahaya
matahari bagi mengelakkan kebakaran.
Putuskan bekalan kuasa: jangan tarik kord kuasa, pegang bahagian
plastik pada plag dengan tangan untuk mencabut keluar plag dari
soket.
Jangan biarkan kord kuasa mop stim melintasi objek yang tajam bagi
mengelakkan kord kuasa daripada kerosakan.
Jangan seret kord kuasa untuk menggerakkan mop stim.
Periksa dan pastikan bekalan kuasa adalah konsisten dengan yang
ditetapkan untuk mop stim.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
penyelenggaraannya atau orang yang berkelayakan yang
seumpamanya bagi mengelakkan bahaya.
Jangan kendalikan perkakas yang mempunyai kerosakan yang nyata.
Arahan Keselamatan
Melambangkan bahawa stim akan disembur keluar! Awas! Panas.
Melambangkan bahawa mungkin akan berlaku bahaya melecur.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
3

Penerangan Produk
1. Unit pemegang
2. Badan utama
3. Unit mop
4. Berus bulat kecil
5. Pengikis
6. Kepala penggosok
7. Kepala seterika gantung
8. Unit Hos
9. Muncung Lurus
10. Adaptor
1
2
3
4 75 6
1098
4

Melambangkan bahawa stim akan disembur keluar! Awas! Panas
Jangan mengungkai mesin ini melainkan ia dijalankan oleh pakar, atau
jangan mengungkai mesin ini ketika ia sedang digunakan, jika tidak, ia
mungkin mengakibatkan kecederaan pada diri.
Periksa kord kuasa dan unit mop secara berkala, dan jangan gunakannya
jika ia rosak.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pakar ditetapkan oleh
pengilang, bahagian penyelenggaraan atau bahagian yang seumpamanya
bagi mengelakkan bahaya.
Sila periksa dan pastikan tangki air diisi dengan air tulen yang sesuai
sebelum memasang plagnya. Kapasiti maksimum tangki air adalah
0.42L. Pastikan anda hanya mengisi air ke dalam tangki. Bahan kimia
atau larutan pembersih boleh menyebabkan kerosakan pada mesin ini
dan juga keluarga anda.
Sila pastikan plag dicabut keluar dan suhu pendidih air telah turun
kepada suhu bilik, jika tidak, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada
diri.
Elakkan cecair dalam mesin atau stim terpancut keluar dari mesin dan
mengalir ke dalam peralatan elektrik (termasuk komponen elektrik) bagi
mengelakkan kerosakan.
Ketika mesin ini dihidupkan atau sedang berfungsi, jangan halakan saluran
keluar udara ke arah orang atau haiwan bagi mengelakkan kecederaan.
Mungkin terdapat sedikit air di dalam tangki air. Ini adalah kerana kami
telah menguji semua mop stim kami dengan sepenuhnya.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Pengendalian Fungsi
Arahan keselamatan dan langkah berjaga-jaga!
Arahan Pengendalian:
1) Isikan tangki air dengan kuantiti air tulen yang sesuai.
1-1. Letakkan badan utama di tempat yang rata, tekan dan tahan butang pelepas
tangki air dengan salah satu tangan (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah
dalam Rajah 1), dan tanggalkan tangki air dengan tangan yang lain, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1;
1-2. Tanggalkan plag pengedap saluran masuk air pada tangki air, dan isikan kuantiti
air tulen yang sesuai (jangan isi dengan air paip), seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2;
Rajah 1 Rajah 2
5

1-3. Isikan kuantiti air tulen yang sesuai, kemudian pasang semula plag pengedap
pada tangki air, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3;
1-4. Pasang semula tangki air yang telah diisi dengan air tulen pada badan utama,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
2) Penggunaan dalam ketetapan mop
Perhatian!
1. Periksa dan pastikan tangki air telah diisi dengan kuantiti air tulen yang sesuai,
dan unit mop, kain mop dan unit pemegang dipasang dengan betul;
2. Sebelum menyambungkan plag pada soket, pastikan voltannya serasi dengan
voltan kadaran yang dinyatakan pada plat nama;
3. Apabila mesin ini dihidupkan atau sedang berfungsi, jangan halakan saluran
keluar udara ke arah orang atau haiwan bagi mengelakkan kecederaan.
2-1. Memasang unit pemegang:
Sambungkan hujung dengan selak pada unit pemegang ke hujung dengan
butang pada badan utama. Bunyi "klik" akan kedengaran menandakan ia telah
dipasang dengan betul, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
Rajah 3
Rajah 5
Rajah 4
6
Sambungkan

2-2. Memasang unit mop:
Nota: Jika mesin ini digunakan untuk mengelap lantai
keras, maka perlu dipasang dengan unit mop dan kain mop
Memasang kain mop: Lampirkan kain mop pada bahagian
bawah mop, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6;
2-3. Jajarkan takuk unit mop dengan butang di hadapan
badan utama. Bunyi "klik" akan kedengaran menandakan
ia telah dipasang dengan betul, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 7.
2-4. Mod-mod dan pengendalian dalam ketetapan mop:
Mod Pra-pemanasan: Periksa mengikut langkah berjaga-jaga dan pastikan
semuanya dalam keadaan yang baik. Pasang plag pada soket, dengan itu lampu
merah pada pemegang akan berkelip yang mana menunjukkan bahawa mesin ini
telah masuk ke mod pra-pemanasan;
Mod Sedia: Kira-kira 15 saat selepas masuk ke mod pra-pemanasan, lampu merah
akan menyala yang mana menunjukkan bahawa mesin ini bertukar kepada mod
sedia;
Mod Aliran Tinggi: Ketika mesin ini berada dalam mod sedia, tekan butang
ON/OFF, dengan itu lampu biru di sebelah kanan akan menyala yang mana
menunjukkan bahawa mesin ini bertukar kepada mod aliran tinggi;
Mod Aliran Rendah: Ketika mesin ini berada dalam mod aliran tinggi, tekan butang
ON/OFF, lampu biru di sebelah kanan akan padam, manakala lampu biru di
bahagian tengah akan menyala yang mana menunjukkan bahawa mesin ini bertukar
kepada mod aliran rendah;
Ketika mesin ini berada dalam mod aliran rendah, tekan butang ON/OFF sekali lagi,
semua lampu biru akan padam, dengan itu mesin ini akan kembali kepada mod
sedia. Sila rujuk Rajah 8 untuk kedudukan butang ON/OFF.
Rajah 8
Rajah 6
Rajah 7
ON/OFF MOD
7

Rajah 9
Rajah 10
3) Penggunaan dalam ketetapan pegang di tangan
3-1. Mod hos - Pasang unit hos dan muncung lurus:
Jajarkan takuk unit hos dengan butang di hadapan
badan utama.
a. Bunyi "klik" akan kedengaran menandakan ia telah
dipasang dengan betul.
Nota: Jika tidak kedengaran bunyi "klik", sila putar
penyambung hos sehingga kedengaran bunyi “klik”, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.
b. Pasang muncung lurus: Jajarkan kancing pada muncung lurus dengan takuk
gelongsor pada penyambung di port stim hos dan ditolak ke dalam. Kemudiannya
putar muncung lurus sehingga kancingnya masuk ke dalam takuk yang mana
menunjukkan ia telah dipasang dengan betul, seperti ditunjukkan dalam Rajah 10.
3-2. Mod adaptor - Pasang Adaptor Pemegang. Jajarkan takuk
adaptor hos dengan butang di hadapan badan utama.
Bunyi "klik" akan kedengaran menandakan ia telah
dipasang dengan betul.
Nota: Jika tidak kedengaran bunyi "klik", sila putar
penyambung hos sehingga kedengaran bunyi “klik”,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
Perhatian!
Mesin ini hanya boleh digunakan bersama dengan mana-mana aksesori jika ia
berada dalam mod hos atau mod adaptor dengan betul.
Rajah 11
8

Rajah 13Rajah 12
Rajah 14
3-3. Memasang aksesori (kepala seterika gantung, kepala berus, pengikis kecil,
kepala penyental, dsb.):
Jajarkan takuk gelongsor pada aksesori dengan kancing pada muncung lurus
dan ditolak ke dalam. Kemudian putar aksesori sehingga kancingnya masuk ke
dalam takuk yang mana menunjukkan ia telah dipasang dengan betul, seperti
ditunjukkan dalam Rajah 12, Rajah 13.
3-4. Mod-mod dan pengendalian dalam ketetapan pegang di tangan:
Mod Pra-pemanasan: Periksa mengikut langkah berjaga-jaga dan pastikan
semuanya dalam keadaan yang baik. Pasang plag pada soket, dengan itu lampu
merah pada pemegang akan berkelip yang mana menunjukkan bahawa mesin ini
telah masuk ke mod pra-pemanasan;
Mod Sedia: Kira-kira 15 saat selepas masuk ke mod pra-pemanasan, lampu merah
akan menyala yang mana menunjukkan bahawa mesin ini bertukar kepada mod
sedia;
Mod Aliran Tinggi: Ketika mesin ini berada dalam mod sedia, tekan butang
ON/OFF, dengan itu lampu biru di sebelah kanan akan menyala yang mana
menunjukkan bahawa mesin ini bertukar kepada mod aliran tinggi (Butang stim
mesti dikunci);
Mod Aliran Rendah: Ketika mesin ini berada dalam mod
aliran tinggi, tekan butang ON/OFF, lampu biru di sebelah
kanan akan padam, manakala lampu biru di bahagian
tengah akan menyala yang mana menunjukkan
bahawa mesin ini bertukar kepada mod aliran rendah;
Ketika mesin ini berada dalam mod aliran rendah, tekan
butang ON/OFF sekali lagi, semua lampu biru akan padam, dengan itu mesin ini
akan kembali kepada mod sedia.
Sila rujuk Rajah 11 untuk kedudukan butang ON/OFF.
Nota: Semasa mesin digunakan dalam ketetapan pegang di tangan, butang stim
mesti dikunci, jika tidak, tiada wap akan disembur keluar.
ON/OFF MOD
9

Sila pastikan anda menggunakan air tulen, dan sentiasa periksa sama
ada terdapat air tulen di dalam tangki air untuk memanjangkan jangka
hayat produk. Sila rujuk bahagian “Pengendalian Fungsi 1” untuk
langkah-langkah mengisi semula air tulen;
Pastikan anda telah mencabut keluar plag dari soketnya sebelum
membersihkan atau menyelenggarakan mesin ini. Jangan rendam
mesin ini di dalam air untuk dibersih;
Apabila mesin ini tidak digunakan, sila tanggalkan plag dengan segera
untuk memutuskan kuasa.
•
•
•
Penyelenggaraan
Penyelesaian Masalah
Nota:
Masalah
1. Lampu mesin tidak
berfungsi.
2. Mesin tidak berfungsi.
3. Mesin mengalami
rintangan yang besar
ketika digunakan untuk
mengelap permaidani.
1. Pastikan plag dipasang
dengan baik dan kuasa
mesin telah dihidupkan.
2. Biarkan mesin menyejuk
sepenuhnya, kemudian
diisi semula dengan air
tulen secara berkala.
3. Plat gelongsor perlu
dipasang jika mesin
digunakan untuk
mengelap permaidani.
1. Plag tidak dipasang
dengan baik.
2. Kekurangan air di dalam
tangki air menyebabkan
pendidih menjadi kering
lalu mengaktifkan peranti
perlindungan.
3. Plat gelongsor untuk
permaidani tidak
dipasang.
Punca Penyelesaian
10
Tabla de contenidos
Idiomas:
Otros manuales de Limpiador a vapor de Midea
























